MAJLIS KHENDURI PERKAHWINAN nampaknya tidak lagi menunggu musim cuti sekolah. Asalkan ada hari-hari kelapangan, majlis seperti itu terus dilangsungkan. Bulan Januari dan Februari 2013 ini dengan cuti-cuti hujung minggu pula menjadi pilihan. Kami tidak tertinggal dari menyertai majlis-majlis itu dan sangat menarik sekali bila di serikan dengan persembahan seperti silat. Raja Sehari pun wajar di sambut dengan satu persembahan ala budaya tua kita. Lihat sahaja langkah-langkah pesilat kita.
Kadang-kadang teringat juga untuk mempelajari tetapi usia tentu tidak boleh menerima segala cabaran. Masa muda dahulu gelanggang silat hanya di kawasan pendalaman jauh dari bandar dan jesteru anak-anak kampong sahaja yang terdedah kepada seni itu. Kini usaha telah diambil untuk membawa seni mempertahankan diri ini ke kawasan bandar. Baik sekali kalau anak-anak muda kita mempelajarinya agar bersedia dan terus mewarisi budaya kita tersendiri.


