Hari ini saya ke Arkib Negara cawangan Kedah khusus mendapatkan bahan mengenai ‘Istana Kampong Baru’ atau lebih terkenal lagi dengan ‘Istana Che Sepachendera’, kediaman Almarhum Sultan Abdul Hamid dan isterinya yang pertama. Apa yang dicari tidak terjumpa dan sebaliknya lain pula yang menarik perhatian. Oleh itu lain kalilah kita cerita mengenai ‘Che Sepachendera’ dan ‘Arkib Negara’. Kedua-duanya menarik juga.
Setelah mendaftar pihak Arkib Negara memberikan satu kad lengkap dengan nama, nombor pendaftaran dan sah laku bagi tempoh satu tahun. Pada kad itu ternyata perkataan dalam huruf besar ‘PENYELIDIK’. Sesuai dengan pengiystiharaan itu saya pun mengambil tempat dan mendapatkan beberapa bahan rujukan. Antaranya Jurnal MBRAS (Malayan Branch of Royal Asiatic Society) terbitan Oktober 1939. Tajuk tulisan “Notes on the meaning of some Malay Words Part 111 ( Kedah Words) by J.A.Baker mendapat tumpuan. Adoi! Sudah ada Mat Salleh di Kedah yang mengambil berat atau ‘initiative’ pada awal kurun duapuluhan melakukan kajian dan jesteru tahu menahu banyak mengenai kita dan negeri ini khususnya.
Disini marilah kita sama-sama tinjau beberapa perkataan yang menarik seperti tercatat dalam artikel tersebut dan beberapa lagi yang ditambah. Mungkin terlintas untuk kita menambahkan lagi perkataan lain yang tidak tersenarai. Saya percaya saudara saya dari Banggol Derdap dan Putrajaya tidak keberatan memberi ‘contribution’ masing-masing.
Ayoh ‘ …………..
‘balan’ ‘bang’ ‘boroi’ ‘bok’
‘chekang’ ‘cham’ ‘chenge’ ‘chengeh’ cheruak’
‘damuh’ ‘gebang’ ‘ genuak’ ‘gerek’ ‘gue’ ‘gelut’
‘hebiar’ ‘himbau’ ‘jerit’ ‘ jingkek’
‘kejap’ ‘kelek’ ‘kelepir’ ‘kedekut’ ‘kenchit’ ‘kokong’
‘kurai’ ‘kut’ ‘ ‘lau’ ‘lena’ ‘ligan’ ‘lit-lit’
‘locheh’ ‘lok lak’ ‘lulur’
‘makar’ ‘mandok’ ‘meneru’ ‘menguet’ ‘meriteh’ ‘merlit’
‘ngok-ngek’ ‘nahi-nahi’ ‘panggong’
‘repet’ ‘segok’ ‘semawa’ ‘senerih’ ‘senggiang’ ‘sergum’
‘sut’ ‘seloro’
‘tabuh’ ‘telondeh’ ‘temuak’ ‘telagah’
Saya yakin banyak lagi perkataan yang menarik dan sebati dengan jiwa orang-orang kita tapi malangnya hilang atau tidak biasa digunakan lagi. Insya’Allah kita boleh sama-sama menentukannya agar semua itu tidak hilang begitu saja. Benar kita bukan ‘linguist’ yang kerjanya tertumpu kepada usaha tertentu. Tetapi mengapa tidak kita membantu dengar kadar sewajanya. Harap mendapat reaksi dari kawan-kawan.
Kesempatan di Arkib saya juga terbaca dua artikel lain. Tajuknya:
1. “The Three Million Dollar Wedding” Syed Mohd b Syed Hassan Shahabuddin and M.G.Knowles.
2. “Memories of The First British Adviser, Kedah” by Sir George Maxwell.
Dua artikel tersebut mengesahkan negeri Kedah menjelang 1909 sempena perkahwinan lima putera-puteri Sultan Abdul Hamid dan ketibaan penasihat British pertama ke Kedah apabila Anglo British Treaty 1909 diterimapakai. Maka wujudlah the' Unfederated Malay States'.
Juga daripada jilid JBRAS yang sama.
1 comment:
Pak Non,
Mempelajari sejarah memang menarik.Tapi saya tertarik dgn mathematics . Sedikit sangat saya belajar sejarah.
Cuba Pak Non layari web di bawah ini . Apakah ia benar atau tidak .
http://SEJARAHNAGARAKEDAH.BLOGSPOT.COM/
Post a Comment