Tuesday, June 16, 2009

BALIKKAMPONG

Mudah sahaja sediakan pokok kelapa, rumput, kolam renang dan pondok lama ditambah dengan kerusi dan payong untuk bersantai. Semuanya kelihatan indah dan teratur. Apa pun pengelolaan dan kerjasama semua pihak perlu ada untuk keindahan dan kesempurnaan.


Cuti sekolah bulan Jun telah berlalu. Kini anak-anak muda khususnya telah pulang ke bangku sekolah masing-masing menghadapi pelbagai ilmu yang bakal disampaikan oleh guru mereka.

Yang mampu dan berkesempatan menghabiskan masa cuti melawat tempat-tempat diluar daerah masing-masing. Kota bersejarah, bandar budaya, taman hiburan dan pantai indah menjadi tumpuan. Ibubapa turut menyertai rombongan kekeluargaan dan alangkah indahnya melihat kegembiraan terjalin pada masa-masa seperti ini.



Tentu sekali ramai yang tidak melepaskan peluang untuk balik kampong melawat ibu-bapa atau datuk nenek mereka. Hubungan ini terus menjalinkan keakraban keluarga. 'Balik kampong' merupkan satu istilah yang merangkumi pelbagai keindahan dan makna. 'Balik kampong' menyaksikan berduyun-duyun kenderaan mengisi lebuhraya kita menuju arah utara atau selatan apabila warga kota meninggalkan kediaman mereka buat sementara. Keluar dari lingkungan kesibukan, hingar bingar kotaraya atau metropolis buat seketika adalah satu keistimewaan yang dinanti-nantikan. Malah banyak pula kebaikan dan ganjaran yang terdapat semasa mereka tiba di kampong halaman masing-masing.



Budaya kita tidak pula bererti membuat tempahan atau memaklumkan lebih awal kunjungan anak-anak serta cucu-cucu atau saudara mara. Lompat saja ke dalam kenderaan masing-masing, jenguk dan hadirkan diri, malah semuanya disambut dengan penuh kemesraan. Lebih ramai lebih seronok. Soal dimana hendak baring, apa hendak dijamu itu semua tidak timbul. Ia dengan sendirinya akan diatasi oleh penghuni-penghuni yang baru tiba. Peluk cium dan kemesraan yang amat diutamakan.



Dalam kesempatan yang diberikan untuk menerima kunjungan anak-anak dan cucu-cucu baru-baru ini kami merasakan ada sesuatu yang kehilangan dewasa ini. Entahlah mungkin masa telah berlalu dan kita orang lama masih teringat pada zaman terdahulu dan membayangkan anak-anak muda sekarang harus menjejak langkah menikmati apa yang kita telah lalui dahulu. Lagi pun kita cukup puashati dengan segala yang diceburi dahulu. Tapi tidak. Mereka dengan gaya mereka sendiri.



'Balik kampong' bererti bermain di sawah, mandi diperigi, berlari-lari di bawah rumah, memanjat pokok buah-buahan dan membersih halam rumah serta membakar sampah di waktu petang. Banyak lagi yang dilalui: tangkap ikan kah'rin, cari buluh buat pistol, main layang-layang, baling kotak dan tak terlupa main 'acilut'. Pokok 'cerai', pokok pinang, pokok mempelam semuanya menjadi sasaran. Malah kadangkala terpaksa berkejar dua tiga ekor kambing peliharaan untuk dibawa balik dan 'diasapkan' kerana kesejukan. Pagi dan petang dipenuhi dengan pelbagai pengalaman.



Kami merasakan anak-anak muda dan khususnya cucu-cucu kini melepaskan keistimewaan itu. Mereka tidak tergerak untuk mencoba keunikan bermain di luar rumah. Mereka tidak mahu menghidu udara bersih, tidak mahu bergolomiang dengan tanah dan selut dan apatah lagi berpeluk-peluk dengan anak kambing.



Cukup dengan menonton TV dan 'astro' khususnya. Sudah puas jika menekan putang-butang di telefon bimbit dan alat-alat permainan elektronik yang lain. Itulah nampaknya dunia mereka. Mungkin kita salah memikirkan kerugian mereka berasakan pengalaman kita.



Kita rajin juga berbaca.Baik 'komik' atau majalah dan kerap juga buku-buku cerita. Masa cuti adalah masa terbaik menghiburkan diri dengan nobel dari penulis terkenal. Itu pun nampaknya tidak menjadi kegemaran mereka,Tak hairanlah kalau dikatakan masyarakat kini hanya sekadar membaca surat khabar sahaja.



Kecergasan, penelitian dan kegemaran semua itu membawa kepada sikap kerajinan. Dayausaha membantu, menolong ibubapa, adik-adik dalam kerja-kerja rumah pun nampak berkurangan. Mungkin dengan adanya pembantu rumah mereka telah terlupa dengan tugas-tugas asas. Sedih dan terpingga memikirkan mengapa anak-anak muda kehilangan daya membantu dan melihat semuanya teratur dan kemas baik di rumah sendiri atau di mana sahaja. Teringat saya semasa muda-muda, kalau di rumah orang, alangkah cermat dan mahu melakukan yang terbaik. Contohnya tempat tidur dikemas sebaik mungkin selepas bangun. Jendela di kamar di buka bagi udara bersih masuk. Halaman rumah turut dicuci. Rasa tanggungjawab agar mendalam. Bukankah itu merupakan satu balasan kepada keistimewaan yang dinikmati?



Celoteh orang tua, kadar mengingatkan cucu-cucu dan khususnya anak dan menantu agar memberi perhatian kepada hal ini agar kepulangan ke kampong sentiasa mendatangkan satu pengalaman membina disamping memupuk semangat bekerjasama diantara keluarga. Ingatlah kalau satu squad askar berkemah di rumah banyak yang dilalui. Kita tidak risau kumpulan askar kerana mereka terlatih dan tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Tapi yang kurang terlatih, tidak terdorong untuk mencoba, tidak menginsafi rumah-rumah di kampong kebanyakannya tidak memiliki pembantu rumah, mereka hendaklah membuka peluang membantu dimana boleh agar 'balilk kampong' bukan saja menjadi nostalgik tetapi membawa pengalaman hidup kepada anak-anak muda disamping mewujudkan kesinambungan kemesraan, kejiranan dan keluargaan abadi.


Anak muda ini gemarkan kucing. Jesteru itu menikmati alam semula jadi sekelilingnya jua

P.S Balik Kampong' is a Malaysian way of life. Everyone giving the opportunity would like to return to his original home at least for a break or a short holiday. The writer laments the shortcomings when children, youth and even young adults get home to their kampong or birth homes yet do not take the opportunity to enjoy its true wealth and lifestyles. They become less adventurous with tendency to rest : do nothing excepting watch TV programs or clicking here and there on their handphones or electrical game gadjets. City living with all its pressure and inherant demand left them spent out on their return to quiet and natural surroundings.Here's hoping their recovery.

1 comment:

Azizi Ahmad Termizi: said...

Pak Non

nice to read your posting again...lama tak update blog, pi mana?

despite the glitters of the big city, it is the kampong that brings us respite dan ketenangan...with all the vastness, nature, and not to mention the friendly familiar faces of the kampong folks