Friday, August 7, 2009

KASUAL 'SHOTS' KINI ' VINTAGE' SATU MASA NANTI

Protokol diutamakan. Tiga bendera dikibarkan. Sebelah kanan bendera 'Malaysia' dan sebelah kiri bendera 'Kedah Darulaman' Ditengah bendera peribadi Sultan Kedah. Nyata KBDYMM Sultan Kedah berangkat ke majlis yang sedang diadakan.


Gambar-gambar berikut ini diambil pada bulan Julai 2009, merakamkan sausana dan peristiwa sempena kehadiran KBDYMM Sultan Kedah , Sultanah Kedah, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar Kedah pada satu majlis perasmian. Apapun jurugambar memberi focus kepada situasi yang menarik kepadanya dengan harapan menjadi kenangan dan ingatan masa depan. Jenis kamera dan lensa yang digunanya membuatkan gambarnya menarik. Lebih daripada itu peluang merakam datang hanya sekali. Tidak heran gambar-gambar yang dimiliki itu menjadi 'vintage' satu masa nanti. Ia tidak dimiliki oleh orang lain, tidak ada gambar yang serupa.Masing-masing jurugambar mempunyai focus atau tumpuannya tersendiri. Menggeledah album lama saya percaya saudara akan berhadapan dengan gambar-gambar dan wajah yang ketinggalan tahun atau abad. Tentunya amat manfaat. Gambar itu sudah diklasifikasikan sebagai 'vintage'.




Pasukan Pencaragam Polis DiRaja (Kedah) masih utuh dan bermain di majlis-majlis rasmi. Orang lama masih mengingati pasukan pencaragam ini pernah bermain di Perbarisan semasa Aidilfitri di perkarangan Masjid Zahir atau di Padang Court Ia merupakan satu-satunya pencaragam polis selain Pencaragam Polis DiRaja Persekutuan.


Satu barisan wanita utama duduk untuk bergambar rasmi bersama KBDYMM Sultan Kedah dan YAB Perdana Menteri Malaysia.



Ini barisan lelaki utama , dua dari kiri YAB Menteri Besar Kedah dan disebelah kirinya YAB Perdana Menteri Malaysia dan KDYMM Sultan Kedah. KDYMM Sultanah Kedah bersebelahan Tuanku Sultan Kedah.


Puteri Sultan Kedah ( baju kuning) memberi tumpuan penuh kepada ayahandanya yang melakukan acara perasmian.




KBDYMM Sultan Kedah bertitah merasmikan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Bandar Muadzam Shah Alor Star






Barisan Tetamu VVIP. Lelaki bersongkok . Warna kuning diutamakan






Turut hadir Brig Gen (Rtd) Datuk Jamil Khir Baharum Menteri Hal Ehwal Ugama Islam'. Pada majlis seperti ini kita berkesempatan mengfocuskan lensa kepada perseorangan atau situasi yang menarik. Lensa zoom jika ada membantu menghasilkan 'candid' shot.





2 comments:

malaysia baru said...

Pelik juga kebanyakan lelaki cuma ada SEORANG isteri pun mengapa masih si isteri tidak mengendahkan perintah menutup aurat dari Allah? Atau apakah sengaja engkar atau sisuami yang tak mengajarnya?

kotastar said...
This comment has been removed by a blog administrator.