Sunday, September 30, 2007

SENI DAN BUDAYA PELANCONGAN

Kopi susu kalau ditambah pula dengan krim tentu sekali lebih lazat. Sesuai dengan itu kesempatan melawat Mae Taman Valley dan seterusnya beberapa tempat lain semasa di Chengmai menjadikan kunjungan kami sangat menarik.


Bila kita berkunjung ke sesuatu tempat yang baru, tentu sekali akan menikmati yang menarik samada merangsangkan atau sebaliknya. Kerapkali yang pertama itu menjadi tumpuan kita. Lawatan kami ke Chengmai selain dari terhibur dengan gaya dan keistimewaan gajah-gajah di Mae Taman Valley, mendorong mengenali keindahan dan kesenian orang-orang di wilayah ini. Kami sedar banyak perubahan telah berlaku di kota Chengmai apatah lagi Perdana Menteri Thailand (2005), Thaksin berasal dari sini dan memiliki gudang-gudang dan keistimewaannya tersendiri. Salah satu gudang sutera yang kami lawati sebenarnya merupakan rumah keluarganya. Saya pernah ke kota Chengmai dua puluh tahun yang lalu (1974). Perbedaannya sangat ketara.








Keistimewaan gudang-gudang perniagaan di sini tidak pula meniru atau mencontohi amalan yang biasa kita lihat di Malaysia atau di bandaraya lain. Ya, ada kompleks perniagaan tetapi 'exclusivity' tertumpu kepada bangunan- bangunan tradisional yang di rekakhas dan kaya dengan unsur-usur kesenian Thailand. Ramah tamah peniaga dan pembantu-pembantu kedai dari awal lagi mengikat para pengunjung. Kita dilayan dengan mesra. Samada tetamu itu membeli belah atau tidak layanan serupa sahaja. Sebaik saja tiba disambut dengan senyuman dan ditegur dengan ucapan "Sawadee" sambil dua belah tangan bertemu memberi salam secara Thai. Tetamu didatangi dengan minuman merupakan air halia,air mata kuching, air serai atau air teh seolah-olah mereka menyedari kita haus atau ingin disegarkan. Hiasan dalaman dan susunan bahan-bahan jualan menarik.

Kami singgah di satu tapak perniagaan berdekatan 'Mandarin Oriental Dhara Dhevi', gudang penginapan enam bintang dan kagum melihat bagaimana rumah-rumah lama dijadikan kompleks khas dengan sausana senitaman yang menggalakkan tetamu melapangkan masa lama sambil menjenggok pula ke kafe atau restaurant yang disediakan khas. Lihat sahaja gambar yang diiringi dalam halaman ini dan bayangkan kalau rumah-rumah tradisional kita boleh dikelompokkan menjadi satu tapak istimewa untuk kediaman 'homestay' atau pusat belibelah. Di sini kita boleh merayau tanpa diganggu atau dihindar dengan kesibukan lalulintas. Udara segar. No airconditioning, no blaring music. Aman dan tenteram. Penginapan istimewa menanti kita di Mandarin Oriental terletak dalam lingkongan tembok kota lama. Itu pun kalau saudara memiliki kad kredit platinium dan tempahan dibuat sebulan dua dahulu. Kami kesempatan juga meninjau sausana di gudang enam bintang ini melalui appointment dan ikhsan pengurus jualannya.

Kompleks kraftangan di Jalan Conlay dengan usaha Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara boleh dianggapkan serupa tetapi ia terlalu besar dan 'artificial' tidak melambangkan suasana semulajadi atau asli. Kami berangan-angan mewujudkan satu tapak seperti ini. Insya'Allah.


Mengindah dan menyegarkan halaman rumah sebenarnya ta'susah. Lihat sahaja apa yang disediakan di perkarangan satu lagi gudang penginapan enam bintang di Chengmai. Kali ini di 'Four Seasons'. Pulau Langkawi pun ada jenama ini. Dulu milik MAS. Sekarang dah ubah pengurusan. Bunga raya dalam pasu biasa tetapi betapa menarik sekali; menunggu tetamu diruang hadapan. Bunga melor pula disediakan. Kami dikalong sebaik sahaja tiba. Bukan untuk menginap disini. Pesanan melalui telefon hanya tiga puluh minit terdahulu untuk kami meninjau hotel ini diterima. Kami dibawa melawat sekitar kawasan yang luas oleh seorang 'guest relation officer' dengan menaiki buggy. Tak tahulah kalau boleh dapat layanan seperti itu kalau di RasaSayang ( Pulau Pinang) atau Hilton ( Kuala Lumpur) tanpa berutus surat.

Dengan harapan gambar berikut memberi gambaran tentang pelancongan di ibu kota kedua terbesar di Thailand



................................................................................................................................................................

Adding Cream to the Milk


When we go on a trip, each one of us has his way own way of seeing and enjoying the break. We would normally search for the common attractions that pull tourists to the place and yet at the same time try to visit places that are special and related to what we do professionally. We chanced on the 'elephant santuary' but planned to visit several hotels, spa facilities, shopping plazas and popular tourist destinations. SPA business is expanding and growing. Kuala Lumpur too does not come short of offering excellant spa services. Competitiveness in the industry comes from the services offered to the international clients. Sites, locations and above all ambience play their roles in marketing a spa's speciality. We walked away from several sites visited with admiration because once again skills, craftsmanship, dexterity and friendliness go a long way to make services what it should be.

Hopefully the photos help to bring you closer to Chengmai and maybe look forward for a visit to an ancient yet modern city. Should you wish to visit these places and require a guide don't forget to give us a call. We will be obliged to assist.

The colorful hibiscus in an earthern ware container ( pasu) is a welcome sight

In the compound of the traditional wooden house complex early in the morning. Workers busily tidying and keeping the place clean. Our guide JJ standing on the right facing camera.

The House is transformed into a showcase. Both floors are used.

Another timber house on stilt is adopted and turned into a display center
Note the container at the staircase for washing your feet





Wooden staircase with ornamental carvings added the finery to this
shopping zone. Wide corridors allow for uncongested traffic.

Red painted building with a linkway and the upstairs is a restaurant
Bunga Melor for the guests


Having a guided tour of the Four Seasons



The ambience of the Four Seasons Chengmai. One of chalets in lush tropical setting for guests looking for the extraordinary.



2 comments:

Azizi Ahmad Termizi: said...

I had the chance to visit the Langkawi Four Seasons when it was under construction. Different concept from the one in Chengmai --sprawling by the coastline. Haven't seen it after completion though, but I think must be as nice as Chengmai's.

farizulanuarmurad said...

hishhhh....
bla laaa nk dpt prgi tmpt2 mcam neyh,!!!