पेर्तामा kerali dalam tempoh kurang dua minggu selepasnya kita umat Islam akan menyambut Ramadhan।
Ramadhan kali ini seperti tahun-tahun yang lalu akan menghimbau kenangan sedih dan pahit. Ramadhan bulan suci dimana kita dipanggil untuk merapatkan diri dengan Allah dan memunaikan berbagai ibadat malangnya tidak boleh diberkati dan dirasai keindahan dan kesuciannya oleh mereka yang telah meninggalkan kita. Jesteru di masa ini kita yang hidup terkenang kepada keluarga terdekat yang telah pergi, air mata tertitis, hati sebak kerana mereka tidak lagi bersama kita. Mereka tidak dapat turut merasi sausana istimewa siang dan malam sepanjang Ramadhan. Kita kehilangan meraka disisi kita. Aku merasai ketiadaan isteriku Wan Khadijah yang pulang ke Rohmatullah tujuh bulan yang lalu. Ia isteriku yang pertama. Genap mula Ramadhan ini beliau sewajarnya menyambut ulangtahun ke 70. Apa dayanya tidak sempat menemui jadual itu. Tuhan lebih sayanginya. Aku juga merasai kehilangan dua orang anak yang amat disayangi; juga pulang lebih awal lagi. Anak bongsu Shahriful Ridzi Zainal Abidin dari aruah ibu Wan Khadijah dan anak bongsu Nor Atikah Zainal Abidin dari ibu Wan Fatimah. Ayah Mohamed Abdul Raoff dan Ibu Mariam Mohd Jelani juga tidak lagi bersama.
Kita yang berada hanya berdoa untuk mereka agar senang bersama Allah dan dirahmatiNYA.
Untuk kita sehendaknya Ramadhan ini akan dimanfaatkan dengan lebih sempurna dan penuh bererti bersama keluarga dan rakan yang disayangi.
Bekas muridku Abu Bakar Omar ( Bakar bolong) seorang pelakon terkenal tampil dikaca TV1 setiap malam dalam siri iklan mengenali Ramadhan. Iklan yang penuh syahdu itu membawa erti yang tertentu.
Berdoalah kita bersama agar Ramadhan kali ini memberi sebesar rahmat kepada kita semua. Amin
No comments:
Post a Comment