Semasa orang atasan sibuk mencari pendamaian atau tapak yang lebih meyakinkan diri masing-masing atas alasan pengkukuhan bangsa dan agama, kita di pendalaman jauh dari kota, jauh dari hingar-bingar, terus menikmati hasil bumi khusus pada musim buah-buahan ini. Kami tidak memiliki kebun atau tapak tanah yang luas yang boleh di-banggakan dengan hasil buah-buah setiap musim. Tetapi, dalam kesempatan masa yang ada, lebih-lebih lagi pada hari cuti ini sempena Israk dan Mikraj, dapatlah ke kampong keluarga terdekat. Bukan berpuluh kilometer sangat jaraknya. Sekadar dua puluh atau kurang tiga puluh minit sahaja dari rumah dengan kereta.
Hari ini di Kampong Malau dekat pekan Jitra, dalam sausana kehijauan dan tenteram kami berkesempatan merakamkan gambar-gambar berikut ini sambil menikmati buah-buahan tempatan. Baik rasanya kalau di- 'upload' dalam 'blog' agar ada orang yang teringin kembali ke alam nyata atau mengerti keistimewaan kampongnya agar kita tidak terus berbangga dengan pembinaan bandar-raya, pencakar langit atau perumahan moden, yang terus memiliki tanah hingga gondol dibuatnya.
Orang muda ini, sedia memotong beberapa sikat pisang-awak yang tentu sekali akan menjadi hidangan kami petang ini. Siapa tak suka pisang goreng? Teringat pula kepada Sanusi Junid yang mengilhamkan 'gorpis' .
Buah rambutan sedang digunting dengan menggunakan galah buluh dan gunting khas. Pantang sekali tuan empunya kebun kalau buahnya direntap dan ditarik begitu sahaja tanpa mengguna kaedah yang betul
Satu-satunya gunting khas untuk memotong ranting rambutan. Kaedah ini tak perlu kita memanjat pokok dan mungkin bertepih dengan kerengga dan semut.
Saudara kita pula sedang mengambil buah 'dukong'. Enak sekali. Manis pula.Kalau tak panjat pokok pun boleh dipetik dari bawah. Sekali lagi silalah guna gunting jangan rentap sesuka hati..
Buah 'dukong' diatas dahan, menunggu pelanggan untuk dibawa balik. Segar , sedap dan menjadi igaun orang kota. Di sini kita dapatnya terus dari dusun.
Dukong kering kegemaran ramai. Tanpanya dukong basah, duku dan langsat pun bolehlah.
Buah 'Cempedak' untuk dibawa pulang. Dua biji masih dengan 'gerok'nya. Petang ini 'cucur cempedak' pula menjadi hidangan istimewa. Yang mana satu? Cempedak atau Pisang.
Usaha mewujudkan pasaran untuk buah-buahan tempatan amat diperlukan sekali agar pekebun dapat mengedar hasil dengan memperolehi hasil sewajarnya.
Today, being Israk and Mikraj and a public holiday in Kedah, we took off and just about half an hour from home came to Kampong Malau just outside Jitra. It was a casual visit to a relative's home and being the current fruit season, thrown in was of course tracking to their fruit orchard. Now this would not be possible if we were in a city like Kuala Lumpur or Penang. We would have to take a day off to come close to a fruit orchard which would be many kilometers away besides off the main road too. It was of course not the first time we have come to an orchard, but it was good to be close to nature and to notice the small things again. I have posted several photos which may kindle interest in venturing to fruit orchards and enjoy the small pleasure of tasting our local fruits. Cempedak, Pisang, Rambutan and Dukong all local fruits besides the Durian are all in season now. Those who have orchards are blessed to see the fruits in season year after year. Abundant fruits also give the people subsistence and that too if they can market their fruits and get a good price... In time of emerging difficulties, the soil appears to be the best alternative.
No comments:
Post a Comment