Tuesday, July 1, 2008

KEMUDAHAN KEPADA ORANG KURANG UPAYA , TUA ATAU MUDA

Mekkah dan Madinah sentiasa menggamit pengunjung dari perusuk dunia. Muda, tua, kurang upaya, berbagai bangsa semuanya berada disini. Mereka datang dengan panggilan Illahi. Jesteru tidak perlu merasa bimbang. Kiblatnya 'Baitullahil Haram' dan mereka semua bertalbiah

" Hambamu mu datang menyambut panggilan Mu. Ya Tuhan hamba Mu datang menyambut panggilan Mu. Sesunggugnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan Mu..."

Semuanya dengan harapan mengerjakan umrah atau menunaikan Haji. Khusus kepada mereka yang tua dan kurang upaya tidak perlu khuatir, kerana segala kemudahan disediakan asalkan kita berwaspada dan mendapat maklumat awal. Siri gambar yang disertakan bersama ini jelas menunjukkan sepanjang tempoh kami berkunjung ke Tanah Suci baik dari awal perjalanan hingga pulang ke Tanah Air dua orang tua kami mendapat kemudahan perkhidmatan kerusi roda yang disediakan. Syarikat Penerbangan akan menyediakan khidmat kerusi roda dilapangan terbang hingga penumpang dibawa masuk ke pesawat dan seterusnya dibawa keluar sebaik sampai di destinasi. Tidak perlu naik turun tangga yang tinggi dan sebagainya. Hotel pula turut memberi perkhidmatan kerusi roda asalkan kita menolaknya sendiri diluar kawasan tempat penginapan. Malah kerusi roda boleh dibawa masuk ke bilik penginapan untuk kegunaan khas jemaah sepanjang tempoh pengguna menginap di tempat itu.

Pihak Masjid baik di Madinah atau Mekkah juga menyediakan kerusi roda bagi mereka yang memerlukannya. Ada kaunter khas dimana perkhidmatan ini diperolehi tanpa apa-apa bayaran. Hanya pengguna perlu berhati-hati agar kerusi roda tidak disalah ambil seperti yang kerap berlaku kepada kasut-kasut yang terletak dimerata tempat. Kalau itu berlaku kenalah ganti. Sebuah bernilai SR 280 - SR340.( RM300.00).

Orang tua dan kurang upaya benar-benar memerlukan perkhidmatan kerusi roda untuk 'tawaf' dan 'sae'. Syukur sekiranya anak-anak atau keluarga terdekat mampu menolaknya sendiri. Sebaliknya ada pihak yang memberi perkhidmatan itu dengan kadar bayaran tertentu ( SR 100 -250). Apa pun orang ramai khusus di Masjid Nabawi dan Al Haram sentiasa memberi keutamaan kepada pengguna-pengguna kerusi roda dan menghulurkan pertolongan tanpa segan-segan. Asalkan orang tua atau kurang upaya kita sihat, tidak ada kerumitan untuk mereka ke tanah suci khusus untuk menunaikan Umrah atau Haji. Kita bersyukur keatas segala kemudahan termasuk lorong-lorong khas yang disediakan, bantuan dan keperihatinan yang diberi oleh semua pihak.
Kemudahannya ada. Asalkan rajin bertanya. Anak-anak yang berhajat bersama orang tua masing-masing atau mereka yang sanggup bersendirian ta'usah khuatir. Segalanya dimudahkan.








Belum matahari terbenam kami sudah sampai di Jeddah. Berlepas dari KLIA jam 3.50 petang kami disini 7.00 petang ( waktu tempatan)














Boleh bawa dan simpan dalam bilik jika perlu.Lagi pun perkhidmatan menolak bermula dari bilik lagi













Semasa di Madinah ayahnda bersama cucu,menantu dan anak-saudara.

Jemaah berihram menunggu pesawat di Lapangan Terbang Madinah.Perkhidmatan kerusi roda disediakan












Satu-satu khidmat yang mampu diberi oleh seorang anak.

Kini kurang halangan dari pihak berkuasa bagi kita mengambil gambar di dalam masjid. Dapat dilihat sebuah kerusi roda yang diguna oleh jemaah.

Berdekatan perhentian bas, ada juga kerusi roda menunggu yang memerlukannya. Tapi kena beri upah.











Kumpulan kami bergambar di Lapangan Terbang Jeddah sebelum menaiki pesawat Mas ke KLIA Kuala Lumpur. Dari awal hingga akhir kemudahan sedia ada. Syukur diatas nikmat yang diberi.


1 comment:

Azizi Ahmad Termizi: said...

Pak Non

With hotels being located farther away from the holy mosques, it ill be more and more challenging for the elderly and disabled. So its timely that the Saudi authorities are strating to give more thought to these group of people.