Friday, June 15, 2007

AMALAN HIDUP KITA

Versi Bahasa Malaysia











Semangat Gotong Royong; Kaum Ibu di Rumah

Pada masa-masa tertentu adalah wajar kita bersyukur diatas kebahagian dan kenikmatan yang diberi dan ditempuhi. Jesteru itu kita menjemput jiran dan rakan ke rumah serta mengadakan khenduri arwah sambil merapatkan hubungan silaturahim.

Majlis seperti ini memeriahkan sausana kampong dan merapatkan hubungan kekeluargaan. Lebih lagi ia membolehkan kaum wanita khususnya bermesra sambil menyediakan masakan dalam semangat gotong royong. Di rumah kami kenduri sering diadakan sama ada kecil atau besar ia tetap meriah. Ketika inilah sanak saudara dan jiran tetangga akan berkumpul, meraikan acara, bertukar cerita dan berkongsi rasa.

Kebiasaanya apabila kenduri yang diadakan di masak sendiri oleh tuan rumah, maka jiran tetangga akan datang membantu seawal pagi. Pasti ada yang membawa pisau sendiri untuk memotong, ada membawa kuih muih, buah-buahan untuk di kongsi semasa gotong royong di lakukan. Pada ketika ini pasti ada seorang "anchor man" yang akan mengetuai gotong royong, dan pastinya di kampung Titi Gajah tugas itu dipegang oleh Hajah Asma Harun ( lebih terkenal sebagai Mak Ma). Beliau akan memberi arahan kepada kaum wanita apa yang perlu dilakukan. Ketika inilah kebiasaannya hidangan kampung seperti gulai ikan kering, sambal belacan, ulam, daging bakar di saji kepada para tetamu hasil air tangan orang kampung yang menjanjikan keenakan. Tamu yang datang di layan mesra dan kadangkala pulangnya meraka di iringi cenderahati. Tidak kira bangsa, agama dan arah politik semua tetamu pasti di raikan. Budaya kenduri merupakan suatu budaya yang indah dan murni serta mampu mengiratkan silaturahim antara tetangga.

Agar sukar untuk menyaksikan pemandangan ini di bandar-bandar, yang mana kebanyakan kenduri pada hari ini di sediakan oleh pihak katering. Tetamu datang untuk makan dan terus pulang. Tak heran kadang-kadang jiran pun tidak di jemput kerana kurang di kenali.

Kita terus bersyukur dan mendoakan kenikmatan berterusan!

( English Version)
In the Spirit of 'Gotong Royong' ( Doing Things Together).
The Ladies at a 'Doa' Session at Home.
Besides the normal get together of family members and friends, we like to host 'doa' sessions at home in rememberance of the dear departed besides extending our gratefulness to God for His benevolence and kindness to us and the community. It sees the gathering of the community : friends, neighbors, and family members. Normally about 150 persons would attend, enough to give an atmosphere of its own for the day. .It would be a nice respite too since it falls on either Friday or Saturday being the weekend. The preparation of the dishes would be collectively done by the 'kampong' members under the supervision of an anchor-person. In all probability it falls on a senior lady, Asma Harun or Kak Ma in short. She would decide what to be cooked and how. Amidst the chatter and telling of tales, the preparation proceeded and the ingredients got on the boiling caldrons.The men folks also turned up helping where necessary..
By lunch time and after the 'Zohor' prayer and the mandatory 'doa' often said by the men, the dishes are served. Home cooked food never tasted better when prepared in the spirit of togetherness. With varied side dishes,'ulam' (greens), and freshly prepared chili paste it is mouth watering and finger licking food to say the least. Naturally if the occassion falls during the fruit season, it will be either 'durian' or 'chempedak' galore besides 'rambutan', 'manggis' or 'langsat' too being served. The fruits would be brought over by the guests as part of their contributions.
We look forward for the next do and the meeting of friends
.





Disini Kita Akan Disemadi. Satu Renungan
Kalau dahulu perkuburan Islam terhad kepada tapak di sisi atau di belakang masjid kini pihak Kerajaan, Majlis Agama Islam dan Kariah-Kariah sendiri telah berusaha mendapatkan tapak yang lebih luas serta menjaminkan pengurusan jenazah yang teratur. Tanah-tanah perkuburan yang lama tentu tidak lagi boleh menampung tambahan penghuninya lantas menimbulkan kesesakan dan tidak kesempurnaan. Syukurlah usaha ini mendapat perhatian sewajarnya.

Kehadiran kebanyakan kita di tapak kubur tidaklah kerap. Namun ramai menziarahinya sempena Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha sambil menghadiahkan 'al Fatihah'atau membaca surah-surah Al Koran. Kesempatan juga diberi semasa kita menemani jenazah. Dalam sausana pilu dan sedih itu kita diingati sesuatu dari kandunan 'talkin' yang dibaca oleh Imam atau wakilnya. Elok juga kita renung pesanan yang berulangkali dibaca atau dipesan kepada mayat yang baru disemadi.

Kandungan talkin yang dibaca selesai sahaja jenazah dikebumikan antara lain berbunyi seperti berikut:
" Sebentar lagi akan datang dua Malaikat Mungkar dan Nakir, wakil Tuhan. Janganlah berasa gentar, cuak atau takut, berdukacita dan risau.Jangan susah hati dan terkejut. Jawablah soalan berikut dengan cermat, terang, tepat dan betul"
  1. Siapakah TUHAN kamu?
  2. Siapakah NABI kamu?
  3. Apakah AGAMA kamu?
  4. Apakah nama KIBLAT kamu?
  5. Siapakah SAUDARA kamu? Apakah pegangan kamu? Apakah kalimah yang kamu bawa bersama sama kamu?

Dengan penuh keikhlasan dan bimbingan dinasihatkan menjawab:

  1. Allah Ta'ala Tuhan aku.
  2. Muhammad Nabi ku.
  3. ISLAM agama ku. Kitab suci Al KORAN ikutan ku
  4. Baitullah itu Kiblatku; malahan Sembahyang, Puasa, Zakat, Mengerjakan Haji diwajibkan keatas aku.
  5. Semua orang Islam dan orang-orang yang beriman adalah saudaraku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap 'LAILAHA ILLALLAH MUHAMMAD DURRASULLAH'

Dalam nada yang sedih dan pilu, pembaca talkin terus mengingatkan bahawa simati kini berada di dalam alam 'Barzakh' menanti untuk dikumpulkan di Padang Maksyar. "Selamat Berpisah. Selamat Tinggal di sisi ALLAH TAALA" Kita sama-sama seolah berucap.

Para keluarga dan rakan yang hadir melangkah pulang; tersentak dengan nasihat atau teguran tadi. Paling tidak tersemat dalam hati mereka bahawa TIGA tiang hidup sahaja yang berkekalan setelah seorang itu meninggal : SEDEKAH AMAL JARIAH, ILMU YANG BERMAANFAAT dan DOA ANAK YANG SALEH.

(English Version)
The Last Resting Place
I remember telling my trainee tourist guide students once that they have a story to tell about Muslim graveyard. For a fact it tells the direction of the setting sun or the north and south sector depending where they are. Of course there are many other cultural and religious issues embued and likely to be expanded by an interesting tour guide.
This narrative however looks at the point of the dead being buried and the 'communication' or 'doa' read. Much as it is sad and heart rendering, it hits hard at telling Muslims what they should observe and practise in life. In the end we are reminded only THREE values stand important and worthy as one's inheritance or contributions. i.e i) the Giving of Alms and Contributions to the needy ii) the Significant Knowledge left and iii) Devoted and Loving Children who will always remember you and pray for your souls..

1 comment:

niza said...

Hi Daddy,

Congrats on your blog! Put more picture will ya. We miss you all. Send salam to mama.

Keep up the good work!

-anis & azam-
KSA