Sunday, January 11, 2009

JEMAAH HAJI KITA TELAH PULANG

Dua anak muda yang turut pulang dengan Penerbangan KT 94
bergembira bersama anak kecil masing-masing.


Syukurlah kerana jemaah haji kita yang berangkat ke tanah suci Mekkah telah selamat pulang. Pagi ini Penerbangan KT 94 mendarat di lapangan terbang KLIA jam 7.30 pagi setengah jam lebih awal.Penerbangan Saudi Air ini berlepas terus dari lapangan terbang Medinah, memberikan satu kemudahan dan keselesaan kerana penumpang-penumpangnya tidak payah bersesak di Jeddah seperti biasa berlaku.

Kami di KLIA kerana anak-anak turut berangkat pulang dan bersama keluarga lain menyambut ketibaan mereka. Peluk cium mesra mendakapi sausana di balai ketibaan sebaik sahaja haji dan hajjah kita disambut oleh mereka yang menunggu. Ibubapa, anak-anak dan keluarga terdekat bersyukur kerana mereka yang disayangi telah pun kembali dan bersih pula seperti 'mereka yang baru dilahirkan'.

Banyaklah cerita yang hendak dihebahkan. Pula ada juga hendak ditanya oleh mereka. Dalam tempoh empat puluh hari banyak kemungkinan boleh berlaku. Percayalah jemaah kita tak akan jemu mengulangi pengalaman mereka. Kemesraan keluarga dan jiran berkumpul di rumah menziarahi mereka disamping menikmati seteguk air zam-zam serta buah kurma dan kacang menjadi satu nikmat dan kebiasaan.

Kita berkesempatan mendengar kisah yang mengembirakan dan peristiwa yang menakjubkan. Yang tak sedap didengar pun ada. Kisahnya ada pula jemaah yang bukan terdiri daripada muasasah Tabung Haji, merungut mengapa mereka turut bersama di maktab atau hotel yang sama. Adakah mereka merasakan kerana membayar sumbangan yang lebih jemaah lain tak seharus bersama dengan mereka? Tak sedarkah sebenarnya mereka yang tersalah kerana mengharapkan yang istimewa tetapi menerima layanan yang sama? Bayaran 'istimewa' tak menjanjikan layanan dan kelebihan. Mungkin dimasa depan mereka ingin memperlipat gandakan kos demi mencapai taraf enam bintang. Sebenarnya apakah yang dicari dan yang hendak dituntut?

Tabung Haji telah banyak memberi sumbangan dan perkhidmatan. Pakej-pakej swasta turut menumpang sahaja dengan menjanjikan kemudahan. Syukur tahun ini tidak ada sesuatu yang tidak diingini berlaku. Kita sama-sama berbangga dengan usaha yang telah diambil oleh semua yang berkaitan khusus Kerajaan Saudi Arabia.



Pergi dengan membawa dua beg dan bila balik dah beranak menjadi empat atau lebih. Keluarga sesak menunggu di KLIA


Satu- satu kenangan manis yang dibawa balik oleh ayah dan ibu mereka. Harapan besar agar bila dewasa nanti mereka juga akan teringat lantas menunaikan ibadah haji seperti yang telah dilakukan oleh kaum keluarga sebelumnya.

1 comment:

NGINAP SRENGENGE said...

Pak Non,

Aduh comelnya cucu Pak Non.Mereka bersih dari segala noda.Aku yang tua bangka ni apa ke hee ?.

Astaqfirullah.

Selamat kembali haji dan hajjah baru.Moga dapat haji yang mabrur.

Doa dan salam dari srengenge.