Wednesday, March 25, 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG SMK DARULAMAN 2009

Rabu25 Mach 2007

Istimewa hari ini, disamping Dewan Besar PWTC di Kuala Lumpur menyaksikan perhimpunan dan pengundian bagi memilih pucuk teraju sebuah parti politik Melayu yang besar, saya turut berada di dalam Dewan As Siddiq Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman Alor Star.
Bagi seorang yang sudah lama meninggalkan alam pendidikan dan juga kerana anak-anak semuanya telah pun tamat persekolahan peringkat menengah, tidak terlintas yang saya di jemput kembali ke majlis yang dianjurkan oleh sebuah sekolah. Alangkah manis dan gembiranya menerima undangan untuk berucap serta merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang Tahun 2009 di sebuah sekolah menengah di bandar raya Alor Star. Jemputan itu tentu sekali saya terima.
Peluang kembali ke sebuah sekolah dimana anda telah bertugas dan mendidik anak-anak muda tiga puluh enam tahun yang lalu tidak akan datang semudahnya malah tidak termimpi. Syukur ada juga insan yang menoleh kebelakang serta melihat sisa-sisa peninggalan kita semasa muda.
Sebenarnya saya mula bertugas di Sekolah Menengah Darulaman dari tahun 1.6.1973 setelah kembali dari pengajian ijazah dan terus diberi tanggungjawab memimpin sebuah sekolah baru aliran Inggeris. Walaupun S M Darulaman telah ditubuhkan pada tahun 1966, ia mendapat bangunan baru tersendiri di Kompleks Pendidikan Alor Malai pada tahun 1972. Kesempatan menjalankan tugas sebagai pengetua dan di bantu oleh para guru dan kakitangan yang penuh dedikasi melihat pelajar-pelajar berjaya meningkat dari tingkatan 1 hingga tingkatan V. Kecergasan dan kenakalan pelajar-pelajar pada tahun-tahun 1970an menjanjikan sausana yang mencabar dan tidak sepi dari pelbagai permasalahan.Ramai juga yang merasakan kedinginan rotan kerana melakukan kesalahan besar.Syukur juga kerana semua itu menandakan kasih sayang para pendidik kepada anak buah mereka. Ibubapa pula memahami dan akur dengan apa-apa tindakan yang diambil.
Boleh saya katakan tugasan enam tahun enam bulan di sekolah ini merupakan tahun-tahun yang mencabar tetapi sebaliknya membawa nikmat dan kepuasan. Mengapa tidak kerana dapat melihat pelajar-pelajar meningkat maju dan kini sering saya bersemuka semula dengan mereka di alam pekerjaan masing-masing.
Perjumpaan bekas-bekas pelajar SMD setiap Aidilfitri kebelakangan ini terus menjalinkan perhubungan antara mereka dan guru-guru. Keiltizaman mereka menubuhkan alumni adalah langkah yang ditunggu-tunggu.
Pada pagi ini, berdiri diatas pentas dan di dalam sebuah dewan berhawa dingin saya merasakan bagaimana pelajar-pelajar sekarang menikmati pelbagai kemudahan. Juga tidak ada lagi sesi pagi dan petang. Sekolah-sekolah mewujudkan satu sesi sahaja. Tidak ada kes menumpang sekolah. Guru-guru pula menerima pelbagai kemudahan dan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang tinggi terbuka.
Terima kasih kepada Puan Pengetua dan para guru Sekolah Menengah Darulaman kerana memberi sambutan dan layanan yang mesra lagi bermakna.Terima kasih juga kerana kesempatan berjumpa dengan bekas pelajar dan pembantu makmal yang terus berkhidmat di sana.
Ucapan perasmian pendek sahaja. Sempat mengingatkan para pelajar agar tidak terlupa bersyukur, berterima kasih atau memberi penghargaan setiap masa dan saat diatas segala kenikmatan, pemberian yang kita terima baik disedari atau tidak.
Saya penuh yakin SMKD akan meningkat dan mencapai kedudukan setaraf dengan sekolah-sekolah utama di negeri Kedah hasil kegigihan kepimpinan dan para guru yang terlatih lagi cemerlang. Taniah dan terima kasih.
Pak Non

7 comments:

Azizi Ahmad Termizi: said...

Pak Non

You must be really proud to see the growth and progress of your former school. And you must have been especially happy to have been invited back - its an acknowledgment to your contribution and hard work. Jasamu dikenang.

KotaStar said...

Benar tu.Kalau perkhidmatan kita memberi ruang untuk melihat ke belakang dan menghargai pegawai-pegawai terdahulu alangkah baik malah mewujudkan satu kesinambungan. The school and its administration honors me and I hope it will continue to offer similar recognition to others - staff or parents besides vvip yg biasa dijempu. Thanks

Uncle Lee said...

Hi KotaStar, always good to return, bring back memories.
I haven't done this since Tunku cried out "Merdeka" 7 times, ha ha.
Best regards, Lee.

nakamurahata said...

As a former student (1976 - 1980) and now one of the teaching staff (since 1995)of this school, I'm really glad to see you again. I salute for what you have done to this school during your time and I'm glad to be one of your students. May Allah bless you and hope to see you again.

KotaStar said...

Sdr Nakamura .. amboi nama jepan pula atau Mansor kah? Siapa pun terima kasih.Che Gu rasa bertuah menerima pujian dari bekas pelajar. Sebenarnya pada masa dulu kita semua berusaha meningkatkan pencapaian SMD.We worked and played hard. Really it was one of my happiest time in my career when at SMD. Thank you to you and all other friends. Pak Non

guru_cikgu said...

Apa agaknya perasaan guru yang telah bersara semasa sambutan Hari Guru? Soalan ini mula bermain dalam pemikiran saya.
tiada lagi sambutan, tiada lagi yang meraikan dan ............?

Anonymous said...

do you know any students named mohd rosdi?