Di tebing Sungai Anak Bukit kini terdiri satu kompleks pentadbiran kerajaan persekutuan. Bukan saja mengindahkan kawasan sekitar sebaliknya mendorong ramai pelawat ke sini nanti. Alangkah baiknya sekiranya mereka dapat mengenali sejarah asal tempat ini nanti.
ISNIN 13 JULAI 2009 Pekan Anak Bukit berwajah baru dan bukan itu saja namanya juga bertukar menjadi Bandar Muadzam Shah. Semua ini wujud dengan terbinanya satu kompleks pentadbiran lapan kilometer dari Bandar Alor Star. Dengan menelan belanja RM 270 juta ia seharusnya menjanjikan perkhidmatan yang bertaraf 'First Class' sesuai dengan bangunan dan kemudahan yang bertaraf sama. Itu juga merupakan harapan YAB Perdana Menteri Malaysia semasa berucap di majlis perasmian. Pekan lama Anak Bukit yang satu masa dahulu sibuk kerana wujudnya satu kompleks kilang padi yang terbesar di utara serta sebuah stesyen kereta api berhampirannya kini nampaknya menerima nafas baru. Di tapak seluas 16.1 hektar kini terbina bangunan pentadbiran baru dan sebuah stesyen keretapi juga akan wujud semula di bandar ini. Kesibukan tentu sekali akan dirasai oleh penduduk disini yang dahulunya biasa dengan ketenteraman. Malah Lapangan Terbang Muadzam Shah 2 kilometer sahaja dari bandar pentadbiran ini. Kita lihat nanti apa pula akan menyusul dengan perkembangan ini. Kampong-kampong sekitarnya diharap mendapat manfaat dan jesteru itu 'putrajaya' kecil ini menjadi unsur perkembangan dan kemajuan daerah kecil ini.
KBDYMM Sultan Kedah hadir dan merasmikan kompleks ini. Turut hadir KBDYMM Sultanah Kedah, YAB Perdana Menteri Malaysia dan Isteri serta YAB Menteri Besar Kedah dan Isteri.
Doa dilafazkan dan hadirin mengaminkannya semoga kakitangan yang bertugas di sini nanti memberi perkhidmatan yang bertaraf tinggi atau kelas satu sesuai dengan infrastruktar yang ada.
Pemandangan di waktu pagi sebelum majlis perasmian satu binaan yang merupakan 'pokok star' sempena nama bandaraya Alor Star.
Kali ini nampaknya 'tua dan dara' menjadi penyambut tetamu . Mereka menunggu ketibaan VVIP dengan sirih junjungnya.
ABOVE ARE some of the photos shot at the opening ceremony of the new Federal Government Administrative Complex at Bandar Muadzam Shah 8 kilometres north of Alor Star town. I had to be here for the purpose of continuing the story of this historic site which was once a large rice milling complex. It existed even before the Second World War and had served the country for distributing rice to all parts of the country in time of sparse resources and especially during the war years. A railway line and a small station close by helped in the distribution. It looks like the place has come alive again only the services are different though both supply products. Even a new railway station is being built here. With pictures of the previous buildings and locations and added with the new it could be a conclusive story. Living a stone's throw away, it becomes more necessary for me to document its growth and be here on this historic day. Surely history happened right in front of us and yet we often miss to observe it.
Lukisan konsep sebelum terbinanya Kompleks Pentadbiran Bandar Muadzam Shah. Disebelah kanan kelihatan bangunan Hasil dan Bangunan Persekekutuan. Lebuhraya Darulaman merentasi kompleks ini . Upacara perasmian telah diadakan pada tapak kosong berwarna kuning diantara dua buah bangunan di sebelah kiri lebuhraya