Cita-cita isteri Hjh Wan Fatimah mencebur diri dalam perniagaan baru telah berhasil dengan terdirinya sebuah Restoran di Titi Gajah Alor Setar Kedah. Di beri nama Restoran Citarasa TT Gajah kita berharap ia akan menjadi satunya tarikan baru di bandar ini khusus di sekitar Jalan Anak Bukit - Kepala Batas. Dibuka mulai Khamis 8 Nob 2012 ia memberi peluang kepada anak-anak muda untuk mencebur diri dalam dunia sajian dan masakan. Lebih daripada itu ia menjadi satu cabaran untuk kami disamping mengusahakan firma arkitek yang ada.
Dengan miliki pengalaman dan perhatian bagi tempoh yang lama, baik didalam atau luar negeri kita berharap usaha ini akan menggalakkan anak muda kami memberi tempuan kepada satu bisnes yang boleh menjaminkan masa depannya. InsyaAllah. Firma Anak Arshad Architect dengan sendirinya berjaya mereka-bentuk bangunan serta persiapan-persiapan lain yang merangkumi sebuah restoran sepert dihajati.
Mencukupi dengan gambar-gambar dibawah ini yang boleh memberi satu gambaran perihal usaha kami menemui ambang Hijrah 1434.
Menerima tetamu pada malam pertama restoran dibuka
Antara ahli jemaah masjid Tuan Hussein yang turut bersama berkunjung ke restoran
Sdr Jiman dibahagian 'Ikan Bakar'
Bahagian dapur dengan keluasannya
4 comments:
Nak pi.
Tahniah setinggi-tingginya dan seikhlas-ikhlasnya pada KotaStar dan isteri. InsyaaAllah saya sekeluarga sampai. Dengaq ikan bakaq dah rasa teringin sangat. Saya akan berkongsi khabar berita ni di Facebook. InsyaaAllah.
Congratulations!! Alhamdulillah nampak begitu luas dan selesa. This will be in our cuti-sekolah-must-go list which of course must wait till my son's khatan episode ends.
Saya doakan sukses sukses sukses...
Lisa and Mama Tim,
Terima kasih. Kami menunggu, however please ask for Pak NON or Kak Wan so that we know you are there nanti. The more the merrier. Thanks again.
Tahniah Pak Non and Auntie.
Post a Comment