Sunday, March 29, 2009

PEMBANGUNAN DITERUSKAN ....

YA , PEMBANGUNAN HENDAKLAH DITERUSKAN bukan sahaja di Kepala Batas tetapi di semua kawasan parlimen. Tentu sekali kabinet baru yang bakal diwujudkan mengambil ingatan semua kawasan mengharapkan pembangunan sewajarnya.
Persidangan UMNO yang baru sahaja tamat dua hari yang lalu nampaknya mendapat reaksi khusus dalam blog-blog tertentu. Tajuk-tajuk yang dibicarakan menampakkan sesuatu yang tak kena walaupun ada perasaan puashati juga dengan pucuk kepimpinan peringkat Presiden, Timbalan-Presiden dan Vice Presiden.
Persoalan perihal matawang, hadiah dsbnya dan peti undi yang terbiar tanpa kawalan rapi serta kiraan kertas undi yang mengambil masa yang panjang semuanya menimbulkan kerungsingan yang tidak terjawab. Saya merasakan UMNO bertanggungjawab memberi jawapan kepada isu-isu baru ini segera demi mengukuhkan harapannya berjuang untuk orang Melayu dan Negara.
Kali ini nampaknya RTM dan siaran-siaran lain tidak pula hebat menyiarkan siaran langsung. Jesteru kecuali yang hadir di PWTC, orang ramai tidak kesempatan melihat atau mendengar hujah-hujah dan perbahasan yang berlangsung. Rugi kepada kita di luar dewan dan mungkin berfaedah kepada orang lain.

1 comment:

malaysia baru said...

Pembangunan adalah hak rakyat yg mesti di tunaikan oleh kerajaan yg menang dlm pilihan raya umum. Bukan hadiah daripada kerajaan.
Bukan harta rampasan oleh kerajaan.

Peruntukan pembangunan bukan untuk tembolok sendiri...