Thursday, August 20, 2009

RAHSIA DI RUMAH TOK



Pemandangan ruang tamu di sebuah Rumah Melayu lama di Lorong Hattin Pulau Pinang yang kini merupakan salah satu projek konservasi Jabatan Warisan Negera . Disinilah saya menemui rahsia lama.


Dah lama saya mencoba mengingatkan kembali nostalgia keadaan di rumah lama semasa kecil lagi. Malah tidak terbayang juga keadaan dapur khususnya. Binaan dapur untuk menguruskan masakan siang dan malam tentulah jauh berbeza dari apa yang ada sekarang.

Kini tong gas dan peralatan khusus sudah mencukupi, tidak memerlukan ruang yang luas. Malah kalau letak di mana saja pun, ibu boleh menguruskan masakannya. Diatas meja makan pun, kita boleh melangsungkan masakan tanpa apa-apa gangguan. Tiada asap,tiada habuk berterbangan. Bukankah itu satu keistimewaan . Restoran masakan Jepun , Korea dan Thai antaranya kini menggalakkan pengunjung menikmati 'masak sendiri'. Ramuan dan dapur samada menggunakan gas atau letrik disediakan. Enak pula kerana ramai-ramai berebut menunjukkan bakat. Tukang masak restoran boleh rehat.


Keistimewaan semasa di Pulau Pinang baru-baru ini, tanpa diduga telah menggembalikan ingatan saya kepada dua kenangan khususnya. Pertama perihal dapur yang pernah diguna oleh ibu dan emak-emak saudara saya pada tahun-tahun menjelang 'Malayan Union'. Saudara-saudari yang teringat kepada peristiwa itu tentu tahu tarikhnya. Lama sungguh dari tarikh sekarang. Boleh dikatakan berada pada 'zaman tok naduk'. Peminat P. Ramlee tentu boleh mengimbaskan kembali sausana masakan dengan menggunakan dapor lama ini. Saya percaya ada adegan perihalnya.



Ini dia dapor zaman dulu. Dapor konkrit seperti ini terletak di tengah-tengah ruang luas dan memudahkan pergerakan suri rumah. Kolam air dan tempat mencuci pinggan mangkok juga berdekatan tanpa menghalang pergerakan mereka yang sibok di dapor.





Biasakah anda dengan dapur saperti ini? Ruang kosong dibahagian bawah khusus untuk menyimpan kayu-kayu kering atau bahan pembakar. Diatasnya tersedia tiga petak untuk meletakkan periok atau kuali atau apa saja alat memasak. Di sebelah kiri kanan juga tersedia dua lagi ruang khas. Teringat saya air panas sedia diperolehi kera'kettle' na atau kendi kekal di ruang bahagian ini. Kalau keadaan sebenar tentunya petak-petak kosong itu dipenuhi arang dan abu. Tiga atau empat masakan serentak diatas dapur tentu menarik minat semua penghuni segera ke ruangan dibahagian belakang rumah lebih-lebih lagi bila makanan sedia dihidang. Yang saya tahu ruang makan pun berada berhampiran.

+(tiada ruang untuk tangki gas bahan pembakar yang diguna sekarang, sebaliknya ruangan kosong untuk kayu berkas, tempurung kelapa dan arang. Ada pihak yang menjual bahan-bahan itu dan bagi mereka yang rajin mudah mencari sendiri)

Variasi dapur

berbeda mengikut kemampuan. Maklumlah dapur seperti kita lihat diatas hak orang atasan di Pulau Pinang yang mampu bukan saja mendiami rumah yang besar serta memiliki kemudahan-kemudahan lain pada awal tahun 1900. Apapun tidak terlupa kita kepada corong khas dibuat dari buluh, kayu atau besi untuk menghembus api. Kerapkali tugas ini diberi kepada anak-anak, tujuan menyalakan api. Salah guna penuh habuk dimuka pula. Percayalah semua ini jelas merapatkan perhubungan keluarga dan menarik semua berada di ruang dapur masing-masing menunggu untuk menjamu selera sebaik saja hidangan di sediakan. Jauh sekali dari sekarang bila kita sentiasa diruang tamu memberi tumpuan kepada peti TV sahaja.



Apa pula rahsia kedua? Bangunan diatas jelas menunjukkan rumah kecil dua tingkat terletak bersebelahan rumah ibu. Ada tangga yang membolehkan penghuni menaiki ke ruang atas. Ya hal biasa sahaja. Tapi inilah yang membawa saya kembali ke zaman kanak-kanak semasa kami sering bermain di bahagian rumah seperti ini. Tidak kelihatan pintu biasa untuk menghalang orang ketingkat atas. Tunggu sebentar, lihat gambar berikutnya.


Sekejap ada. sekejap tiada

Kedua: Hampir terlupa yang pada satu masa dahulu saya juga pernah ditugaskan membuka pintu seperti ini tiap-tiap pagi. Aruah Tok tentu sekali tidak mampu membuka pintu ini walau pun beliau ingin turun kebawah rumah awal pagi. Dapur, bilik air dan kemudahan lain semuanya di bawah. Waktu malam pintu ini ditutup. Tidak sesiapa pun boleh menaiki tangga dan jesteru itu masuk ke dalam rumah kecuali ia menggunakan pintu depan. Dan itu pun tertutup. Dengan pujukan mungkin ayah boleh buka pintu depan. Binaan tangga dan pintu seperti ini nampaknya tidak menjadi kegemaran, sesuai dengan struktur dan binaan rumah zaman sekarang. Rahsia dan keunikan binaan di rumah Lorong Hattin Pulau Pinang merupakan kegemilangan rumah-rumah Melayu pada satu masa dahulu. Saya amat bertuah dapat melihat semula dua binaan yang kini memperkukuhkan kembali ingatan kepada hal-hal lama. Syukurlah.

Pintunya ditutup rapat .Adakalanya ruang diatas menjadi tempat bermain pula atau ruang penginapan.


P.S Above : Two discoveries while visiting an old house under conservation works at Hattin Lane Pulau Pinang.. No. 1.The kitchen (cooking corner) as it stood in its original condition at the back of the house and No. 2 The staircase with its particular drop door closing the staircase when required.)

4 comments:

Lee said...

Hello KotaStar, I really enjoyed looking thru your previous posting of Penang. Gosh! From your well taken pics, Penang has changed a lot since my time, the '60s and '70's, 80's too.

There are 2 places I love very much, Penang and Trengganu.
Penang more for nocturnal activities and food. Trengganu more to rehat and deep sea fishing.

I enjoyed going thru your this posting pics. Really interesting too.
You really have an eye for these scenes, objects, and pieces of history....and most I have never seen before too.
Outstanding, Kota Star....may your eyes keep spotting such scenes and bits of history for us.

I take this opportunity to wish you and all at home, selamat menjalankan ibadah puasa dengan penuh tabah dan kesyukuran.
Best regards, Lee.

KotaStar said...
This comment has been removed by the author.
KotaStar said...

Lee,
WOW, the Ramadan greeting coming from you is an eye opener. It smacks of your close friendship with Malay folks when you were here and with Muslims in Canada now.Yes we have begun fasting and Ramadan has a characteristic of its own and life takes a turn from the normal activities

Thanks for yr observation. A few more to follow though not as exciting as the houses you showed recently but in terms of craftsmanship they are superb. Yes Penang is not as we imagine before, crowded and less open spaces. Even Trengganu has taken new images. Again thanks for the kind thoughts for the day.

Queen Of The House said...

I remember the house in Jalan Sekerat used to have that kind of horizontal door - that was when the 'old' house had the kitchen on the top floor (until I was 6). Then the house was renovated with the kitchen moved downstairs and that door too was removed.

As for the concrete cooking area, the houses that Pak Hassan and Mamak Noor from next door rented out to the 'mamak-mamak roti' and mamak nasi lemak etc (back in the '60s and '70s) all had that kind of 'dapur'. I guess they are all things of the past now.