TAHUN LALU sempena negara menyambut 12 Rabiulawal 1432, kami berkesempatan singgah di R&R Bukit Gantang semasa perjalanan pulang dari Kuala Lumpur. Kebetulan pihak pengurusan R&R itu bersama peniaga gerai sedang mengadakan majlis menyambut hari yang bersejarah dan kami duduk bersama menikmati hidangan rohani dan jasmani.
Tahun ini pada 12 Rabiulawal 1433, kami diberi peluang meraikan 'Maulidur Rasul' di rumah sendiri bersama keluarga, jiran dan kenalan. Kepulangan ayahnda yang dikasih untuk bertemu denganNYA hampir dua minggu lalu, menambahkan lagi hasrat untuk meraikan hari keramat tersebut.
Majlis kelmarin bermula 10.30 pagi dengan ceramah atau tazkirah oleh Ustaz Rodzi, kebetulan pemimpin kumpulan jemaah Haji kami 1431/2010. Sesuai dengan Hari Agung Junjungan kita Muhammad SAW, beliau menyampaikan latar, panduan dan nasihat berguna untuk semua. Beliau yang menguruskan sekolah tahfiz turut membawa pelajar-pelajarnya ke majlis itu. Susulan ceramah itu, berlansung 'Marhaban dan Berzanji' yang turut menghidupkan sausana pagi. Pada pagi yang mulia dengan kehadiran para tetamu yang menyambut jemputan kami dan kejayaan majlis memperdengarkan bisikan agar majlis seperti ini dilangsungkan pada kali yang lain kerana berjaya menjalinkan silaratulrahim dan manfaat. InsyaAllah.
Majlis meraikan hari keputeraan junjungan kita Muhammad SAW di sambut seluruh negara dan 12 Rabiulawal diiystiharkan sebagai cuti awam seluruh negara. Sambutan kami merupakan kecilan bersama masyarakat Titi Gajah demi menjunjung hari yang teristimewa ini.
Mohon maaf kepada rakan dan bloggers yang berada jauh dari kampong Titi Gajah kerana tidak dijemputkan bersama. Hasratnya ada InsyaAllah kalau dipanjangkan usia boleh kita bertemu lain kali.
Sdr Ustaz Rodi menyampaikan tazkirah
Pak Lang dan kawan-kawannya menjayakan majlis dengan Marhaban dan Berzanji
Hj Megat Mohd Nasir menyampaikan bunga rampai kepada tetamu
Kaum bapa dan ibu turut sama memperdengarkan suara mereka
Nampaknya ada yang berdiri di ruang pintu hadapan rumah. Sungguh membanggakan dengan kehadiran tetamu yang menyambut jemputan
Majlis diakhiri dengan jemputan dihidangankan sarapan tenghari
Makan berselerak seperti ini berselera lagi
'Ais Kacang' menjadi hidangan kegemaran untuk semua nampaknya
Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang melapangkan masa untuk hadir walaupun kami percaya ada majlis-majlis lain yang serupa. Kesempatan tinggal diluar bandar mengizinkan hubungan seperti ini wujud dan kekal.
Majlis diakhiri dengan jemputan dihidangankan sarapan tenghari
Makan berselerak seperti ini berselera lagi
'Ais Kacang' menjadi hidangan kegemaran untuk semua nampaknya
Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang melapangkan masa untuk hadir walaupun kami percaya ada majlis-majlis lain yang serupa. Kesempatan tinggal diluar bandar mengizinkan hubungan seperti ini wujud dan kekal.
'Menarik dan kagum kita kepada mereka yang terus menghidupkan kumpulan marhaban dan berzanji, lebih manfaat sekiranya kita juga mengenali cerita dan latar tersirat dengan tepat dan mendekati diri menjadi antara ahli kumpulan itu pula.'
5 comments:
Alhamdulillah kelihatan majlis begitu sempurna sekali dengan banyak sahabat dan tetamu yang berusaha untuk menjayakan majlis dan menyambut baik undangan..
Sdr Wan,
Diperingkat umur kita persahabatan yang ingin dikekal dan ilmu dipanjangkan.Apa apa usaha kecil yang boleh, membantu dan majlis seperti itu meyakinkan.You and I would help along that path. So too other like minded friends.
Syukur Terima kasih and all the best in yr ventures.
Tak pernah saya menghadiri sambutan yang sebegitu meriah. Bukan senang hendak mengadakan upacara yang pelbagai. Hingga yang kecil comel pun menikmati jamuan!
Sdr Al Manar,
Yang kecil comel tu satunya our grand daughter, holding the ais kacang and the other cucu angkat yang pulang bersama ayah dan ibunya dari Mekkah.Both parent studied with our daughter at UUM before and now reside in Mekkah, The father is attached to Nokia Saudi Arabia.Kalau ke sana bolehlah berjumpa mereka.Budak-budak kita kalau berusaha tentu boleh meningkat. Azam the father a graduate in IT has been there more than 7 yrs. He was offered a job in New Zealand tapi chose to stay put in Saudi Arabia. Salam to you and family.
Post a Comment