Sunday, December 28, 2008

PANTANG TOK NENEK (DISLIKES OF GENERATION)

Kita memang suka segalanya khusus apa yang kita hargai dan inginkan. Tapi ada juga yang kadang-kadang kita marah sangat dan merunggut mengapa ia terus berlaku. Khusus dalam musim cuti ini, kita kerap ke kedai baik yang besar atau kecil. Yang saya pantang sangat malah marah sekali TIGA perkara. Mereka seolah-olah tidak bersedia atau sengaja hendak memudahkan diri sendiri tanpa mengutamakan pembeli.
1. Sudahlah kita telah mengeluarkan wang untuk menjelaskan segala yang dibeli tetapi sebaliknya terus meminta pula " Ada dak duit kecil 40 sen atau 10 sen?" Hendak kita seluk saku mencari duit bagi memudahkan dirinya? Mengapa RM100.00 yang kita hulurkan tadi tak cukupkah? Maaflah saya tak akan menunaikan kehendaknya. Dia kena buka kotak wangnya dan dapatkan pertukaran yang secukupnya. Ya penjual kita sudah jadi malas dan harap semuanya disenangkan. Pernahkah kita jumpa kes seperti ini di luar negara. Kalau di Saudi Arabia sekali pun khusus di Mekkah dan Medinah penjual disana tak pernah pula minta wang kecil.Di negara maju lain pun tak berlaku kes ini.
2. Kini ada pula 'promoter' yang merayau-rayau di pasar atau emporium. Sedang kita mencari barangan yang tetap kita hendak beli kerana sudah menggunanya berpuluh tahun, dia menghampiri kita' " Encik, dapatkan 'pencuci' ini. Bagus, menjimatkan dan serba serbi yang lain" Kita diam saja. Dia kejar kita. Rayu lagi. Baiklah. " Kalau kamu kata begitu baguslah. Kamu boleh beli sebanyaknya dan bawa balik. Saya akan ambil yang ini. Saya berpuashati dengan mutunya bertahun-tahun" Ya kalau hendak membuat tawaran atau promosi gunalah cara lain. Jangan pula paksa pembeli. Kesian mereka yang tak dapat berkata apa-apa dan terperangkap.
3. Apa pula pantang yang ke tiga? Dah dapatkan semua barang. Berat pula. Nasib baik ada bakul atau troli. Kita beratur di kaunter. Sedia dengan barang dan wang. Datang seorang pelanggan. Potong barisan dan terus membuat bayaran. Dilayan pula! Tak cukup dengan barangan yang dah dilonggokkan di atas kaunter dia masuk semula ke pasar/emporiam untuk mendapatkan barangan lain. Kita tunggu. Tak datang kembali. Kita diam juga. Penjual tak dapat tutup kira-kiranya. Tak dapat melayan pembeli lain. Kemudian kita disuruh pergi ke kaunter satu lagi. Marah padam buatnya. Dan ini berlaku kelmarin semasa membeli belah di Pulau Langkawi.
Ya itulah tiga pantang tok nenek. termasuk bagi diri sendiri. Saya harap tahun 2009 baru ini akan menyaksikan perubahan kecil dalam hal-hal seperti ini. Hendak harap pada hal-hal besar maklumlah ......
Banyak yang kita mendoakan bagi kebaikan negara kita.Kalaulah kelemahan-kelemahan yang ada dapat diatasi tentu sekali negara ini akan lebih maju dan bermanfaat.

4 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Sabar Pak Non , sebenarnya medan perniagaan tu medan rezeki dan pahala utk umat Islam.90% utk rezeki dan pahalanya berlipat kali gandanya.Macam pak Non dok buat sekolah tu.Untungnya dah maklum.Pahalanya sampai bila2 saja sekolah itu digunakan.

Cuma depa tak tau caranya.
Wallahuaklam.

KotaStar said...

Betul kata saudara. hanya tajuk tu yang nampak kuat sangat.Maklumlah sengaja dibuat untuk mendapat reaksi seperti dalam berita lain.Kita setuju depa berniaga dan kita membantu. Tapi cukup baik kalau ada perubahan dan amalan baru. Kini sudah ada 'queue' bila orang beli roti canai di warong.Lihat saja di pasar Ramadan.Mudah dan selesa bagi semua.

Azizi Ahmad Termizi: said...

Pak Non

Semuanya berpunca dari sikap tak ambil kisah. Ya, Bangsa Melayu itu beradab dan lemah lembut. Tetapi realitinya, dalam sesetengah perkara, masyarakat kita masih ketinggalan dari segi budi bahasa dan civic-minded nya. "Third world mentality" masih tebal.

Saya boleh banding dengan budaya di Englnad dan Jepun kerana pernah berlajar di kedua-dua tempat - we've still got some way to go, but we will get there insyaAllah.

Lee said...

Hello Kota Star, Selamat tahun baru and the best of Seasons greetings to you and family.
Wishing you good health, lots of sunshine and laughter always. Best regards, Lee.