Friday, April 2, 2010

PANTAI TIMOR - KOPITIAM

Sesuai dengan tempatnya, nama kedai pun dipapar dalam tulisan jawi


Hai Peng kopitiam merupakan sebuah kedai yang unik dan dihiasi lengkap dengan barangan lama. Kita seolah-olah berada di zaman lima-puluhan dan tidak kurang hingar bingarnya


Satu sudut kecil penuh dengan barangan untuk dijual dan pameran. Kami diberi tahu ramai pekerjanya terdiri orang Melayu Trengganu
KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG DAN JOHORE merupakan empat buah negeri terletak mengadap Laut China Selatan dan sering menerima musim tengkujuh. Apa pun dua buah negeri di utara sahaja memiliki unsur-unsur budaya yang menarik dan menjadi pilihan para pelancong dalam negeri atau luar negara. Heran juga mengapa kelebihan itu terbatas kepada sempadan Terengganu - Pahang khususnya.

Ramai antara kita berkunjung kesana, masing-masing dengan tujuan tersendiri; baik menziarahi, menemani anak-anak yang terpilih mengikuti pengajian atau rombongan kahwin dan sebagainya.Hubungan silatulrahim adalah digalakkan dan jesteru berkunjungan dan berjumpa dengan ahli keluarga dan rakan-rakan lama menjadi satu ikhtibar. Jesteru kami mencari masa dan kesempatan pada hujung minggu lalu melawat Cerating, Kemaman, Kuala Terengganu dan Kota Bharu. Seperti biasa bila dah lama tak berjalan-jalan banyak yang kita lihat mengkagumkan.

Pertama sebuah kedai kopi di bandar Cukai Kemaman mendapat perhatian. Ianya merupakan antara 'kopitiam' yang terkenal di Malaysia dan salah satu yang terawal, dibangunkan pada tahun 1940 . "Old Town Kopitiam" satu-satunya berasal dari Ipoh kini menjelma di semua bandar besar nampaknya ingin 'ride on the bandwagon' atau menarik peminat yang kini gemar minum kopi dan menikmati nostalgia lama.
Apa pun mari kita lihat apakah kecanggihan 'Kopitiam Hai Peng Kemaman? Melihat gambar-gambar berikut ini jelas memperakui kehebatan kedai kopi ini di bandar Cukai Kemaman dan seringkali mendapat perhatian khusus dalam majalah terkemuka. Sebenarnya kami pernah kesini beberapa tahun yang lalu. Jelas keistimewaannya masih kukuh dan hebat. Pelanggannya bertambah ramai. Bandar Cukai pula membangun dengan pesat.


Meja bulat marmar menghiasi ruang utama Hai Peng. Nampaknya pelanggan datang bukan sahaja dari Pekan Cukai tetapi dari berbagai tempat. Banyak juga pelancong disini .





Boleh pilih! Nasi dagang, telor rebus setengah masak, roti bakar, mee, beehoon goreng, pulut inti, nasi lemak antara yang disaji




Bersama dengan anak saudara yang menetap di Cukai Kemaman. Kelihatan dibelakang Bangunan Hai Peng.



Kesempatan berkenalan dengan Pak Mansor orang Trengganu yang sering ke Hai Peng bersama rakan-rakannya. Orangnya kaya , memiliki 17 orang anak dan 32 orang cucu. Masa muda kakitangan Jabatan Perikanan dan kini kerap juga ke laut memancing ikan. Kami berharap akan berjumpa lagi . Kalau kita ramah dan ingin tegur menegur banyaklah kawan baru. ( lihat paip dibibirnya)

(apa sekali pun kita sedar perniagaan ini telah berlangsung selama 70 tahun dengan mencapai prestasi yang baik dan tentu sekali menarik pelanggan sepanjang masa. Jesteru begitulah pendekatan berniaga, sabar dan berusaha dengan layanan yang sebaik mungkin disamping kebersihan tinggi. Ingin menemui kedai kopi Melayu menuju kearah ini - Zam)


(Brief summary esp for a friend in Canada who may recollect some old memories)

(Last weekend we were on the East Coast, after an intended trip to the National Park did not come through. A stop over at Cerating saw us crossing just across the border Pahang/Trengganu to Cukai Kemaman for breakfast at a 'kopitiam' already famous on the East Coast. Intended to put up at Club Med Ha,Ha, but made no earlier reservation. Instead at Cerating Impiana. Pl see the photos to view the uniqueness of this old kopi shop established in 1940 yet thriving with the combined modernity of recent time and offering home delicacies served with with fresh coffee of the house.)
notice the tin containers used for serving half-boiled eggs


The open terrace and our coffee maker man at his job

1 comment:

Lee said...

Hello KotaStar, Wow! I love this kedai kopi.
Very original, and looks cozy too.
And the food offerings, display, macham buka puasa when see them, ha ha.

Hey, you look good, still looking very dashing...the kind of ha ha dashing looks ta'berani introduce to my SYT dates, tentu hilang, ha ha ha.

I have always apart from Penang loved Trengganu...and I sure miss the nasi dagang, ikan percik, ayam percik.

Used to stay either at Tanjong Jara hotel or Primula in town, very often too.
And those days Pulau kapas tada orang. I used to go fishing, camping, camped beside a well....very nice to mandi from the well too, ayer tu sejuk!

My next trip balek kampong, I will make a round trip to the 4 corners of Malaysia, and of course to Alor Star jumpa you, shake your hands, kita pergi makan Alor Star's best Malay food.

This time balek kampong, so many friends to shake hands too, a lot the female species, arhaaaa ha ha.
Have a nice day, you keep well, Lee.