Wednesday, April 28, 2010

PERJUMPAAN KELUARGA

Sdr Abul As tak mahu melepaskan peluang merakamkan peristiwa ini

Dalam kesibukan atau tak ketentuan kita sering terlupa hubungan dengan saudara mara yang pada satu masa dulu cukup rapat perhubungannya dengan kita. Mengapa tidak kerana mereka tinggal sekampong dan dewasa bersama. Malah ada yang melangsungkan perkahwinan mereka di rumah yang sama.

Bapak saudara saya Almarhum Hj Ismail b Abdul Raoff, abang kepada ayah saya Almarhum Hj Mohamed b Abdul Raoff sebenarnya mempunyai sepuluh orang anak. Ya semuanya merupakan 'sepupu' atau ' first cousin' saya. Dalam tempoh lebih lima puluh tahun yang lalu. tak sekali pun kami dapat berjumpa serentak.Maklumlah masing-masing dengan urusan dan keluarga tersendiri. Kalau dimajlis khenduri, kadang-kadang dapat juga kesempatan tapi tidak pula berjumpa dengan semua. Tanggal 21 dan 22 April 2010 lapan orang daripada mereka turut berada di Alor Setar dan kebetulan pula berkunjung ke rumah kami. Syukur. Kami merasa amat bangga kerana mereka berusaha melakukan kunjungan silatulrahim. Datang dari jauh - Hulu Langat, Shah Alam dan Kuala Lumpur. Terima kasih kepada saudara Dato ( Bregadier General bersara) Abul As kerana merancangankan kunjungan tersebut dan jesteru menyambut pula hari ulangtahun ke 70 Abdul Satar Ismail salah seorang adik lelakinya. Dua abang yang sulung telah pun kembali ke rohmatullah dan kini tinggal tiga lelaki dan lima perempuan. Kunjungan mereka bersama keluarga masing-masing turut membawa makna dan erti yang besar.

Kita berdoa moga-moga perjumpaan dan kunjungan seperti ini kerap diusahakan kerana mewujudkan perhubungan yang intim dan rapat. Alasan sibok, berjauhan itu rekaan sahaja.


Bergambar di rumah kayu Titi Gajah. Semuanya warga emas kecuali seorang anak muda

Air Tembikai dan Tomyam menjadi tumpuan bila semua duduk semeja menjamu selera

Kami pernah pada satu masa dahulu berlari-lari diatas rumah ini, menjalankan tugas yang dimajukan oleh ayah dan bapak saudara.
Jesteru rumah ini akan terus menghimbaukan kisah-kisah lama.

8 comments:

Uncle Lee said...

Hello Kotastar, I really enjoyed looking thru your pics here.
Looking at the ladies eating, I must admit I have always avoided eating with my hands. Never did getting used to that even though eating very often at my Malay friend's homes.

Love the pic of that house as well in earlier pic the rattan furniture.
I really regret not bringing my old rattan furniture here.
You have a nice day, keep well and stay young, Lee.

aofuad said...

Pak Non,
Unfortunately i could not make it for Pak Tan's birthday.
Pak Teh Abul retired as a two star Mejar Jeneral.

aofuad said...

Pak Non,
It's an irony, really, because i know you and your mother very well, but i do not know much of your children, who are my second cousins..
Did all of you pay a visit to Tok Su Nah? The only surviving aunty of yours?

Azizi Ahmad Termizi: said...

Pak Non

How I wish I can have a similar reunion with my cousins during my old days nanti. Keep well.

kotastar said...

Sdr Lee,
thank for yr comment even though the writing was in Bahasa. It was actually a meeting of the clan esp when eight first cousins ( daughters and sons) of my late uncle came visiting together with their spouses and children.So as I said it was quite extraordinary to have such a meeting when we are in our golden years.Cheers and keep on hitting yr keyboards with great stories.

kotastar said...

Din,
It would be great if you were there at least you would represent yr family.Thanks for the correction re Uncle Abul's ranking. Now I know the two stars is higher than 'Brg General'Yes that is the current weak link. You do not meet and even know yr other cousins. Something has to be done. Call on them when you go cycling . Ha, Ha. Truly you have to arrange a get together.

kotastar said...

Sdr Azizi,

Yes it is great when a family like in the story make a visit.We have to inculcate a desire and a liking for our family to get together and not only during Hari Raya. Only a close contact will encourage the other side to call on us and we too upon them. Kenalah selalu berbaik-baik. Make a call, drop a message by email or sms etc It helps. Thanks.

Queen Of The House said...

Abang Din, kalau balik raya in A/S nanti, we must visit. I am moving back to Alor Star, by the way.