Wednesday, January 30, 2013

Majlis Khenduri di Kampong






MAJLIS KHENDURI PERKAHWINAN nampaknya tidak lagi menunggu musim cuti sekolah. Asalkan ada hari-hari kelapangan, majlis seperti itu terus dilangsungkan. Bulan Januari dan Februari 2013 ini dengan cuti-cuti hujung minggu pula menjadi pilihan. Kami tidak tertinggal dari menyertai majlis-majlis itu dan sangat menarik sekali bila di serikan dengan persembahan seperti silat. Raja Sehari pun wajar di sambut dengan satu persembahan ala budaya tua kita. Lihat sahaja langkah-langkah pesilat kita.  

Kadang-kadang teringat juga untuk mempelajari tetapi usia tentu tidak boleh menerima segala cabaran. Masa muda dahulu gelanggang silat hanya di kawasan pendalaman jauh dari bandar dan jesteru anak-anak kampong sahaja yang terdedah kepada seni itu. Kini usaha telah diambil untuk membawa seni mempertahankan diri ini ke kawasan bandar. Baik sekali kalau anak-anak muda kita mempelajarinya agar bersedia dan terus mewarisi  budaya kita tersendiri.  



5 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kotastar said...

some people have nothing important to do , excepting putting in nonsense comment for their own benefit. We just erase away.

Al-Manar said...

Saya rasa pihak saudara bermurah hati membenarkan comment 'najis' tertera diatas. Saya terima lebih kurang sepuloh tiap tiap hari. Terpaksa lah habiskan sedikit masa menyepak terajang kan 'najis' ltu.

Tentang silat Melayu sepatutnya lah diberi peluang. Tetapi pihak berkuasa kenalah memainkan sedikit peranan - tidak semata mata membiarkan perkembangan tari menari yang mejolok mata dipertayang dan dipertandingkan hingga lah meloncat loncat makcik makcik bersama. Mengapa ttidak boleh diadakan pertandingan taraf kebangsaan dengan hadiah yang boleh menarik muda mudi, lelaki atau pun perempuan. Disekolah pun ada judo dan sebagainya mengapa tidal silat?

kotastar said...

Sdr AlManar,

As always thank you for yr immediate comment. Very TRUE, we have left out from exposing and branding our own self defense art.Now we see lots of exercise stations all over the country charging exorbitant price for the needs to keep fit; with their varied stations. Surely we need to approach differently, marketing 'silat' as A BRAND NAME. TV programs should help to make it popular. Thus yr suggestion less of jumping around and with sure support from all concerned our Silat Melayu may make it to the top again.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.