Monday, January 14, 2013

SATU RENUNGAN " APA PULA KEESOKAN HARINYA?"

"Apa Pula Keesokan Harinya?" merupakan satu renungan hasil bacaan khutbah pada hari Jumaat pertama pada tahun 2013 ini. Kebiasaannya kita lebih mengetahui sausana dan reaksi para jumaah pada solat Jumaat setiap minggu.Pada 4 Januari 2013 bersamaan 21 Safar 1434 jumaah di Masjid Tuan Hussein Titi Gajah Alor Setar Kedah rasanya tergerak atau tertarik dengan apa yang disampaikan oleh Tuan Imam atau Katib .Mari kita ikuti.
" Alhamdulillah, marilah kita sama-sama panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah hidayatNYA maka kita boleh menarik nafas lega sebaik sahaja kita bangun pagi tadi. Kita masih dapat melihat alam sekeliling kita. Kita boleh mengatur langkah ke mana sahaja yang kita suka keserata pulusuk bumi ini. Kita masih dapat merasa nikmat kenyang, nikmat mendengar, nikmat melihat, nikmat bau dengan mencium pelbagai wangi-wangian dan sebagainya.Pedek kata jasad dan roh kita masih bersatu. Kita masih diberi kesempatan hidup seperti hari-hari sebelumnya. Kita boleh mengangkat tangan dan kaki, boleh berkahwin, berseronok gembira bersama anak-anak isteri dan sebagainya. Sesungguhnya semua itu adalah nikmat kurnian Allah kepada kita yang tidak ternilai tingginya. Kita seharusnya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kurnian nikmat yang melimpah riuh begitu"

Begitulah saranan dari Tuan Imam/Khatib yang berkhutbah pada Jumaat pertama 2013 ( 4 Januari 2013 bersamaan 21 Safar 1434). Ramai jumaah di masjid-masjid lain di negeri Kedah menatap kandungan khutbah yang sama. Saya percaya ramai yang tersentak serta terus memberi perhatian khusus kepada apa yang diperkatakan dan susulan seterusnya.

" Apakah kita tidak terfikir tanpa kita sangka pada satu pagi sebaik sahaja terbangun dari tidur tiba-tiba sebelah tangan kita tidak boleh diangkat, tidak terasa apa-apa apabila memegang sesuatu. Atau tiba-tiba sahaja kita tidak boleh berjalan, terasa macam kedua-dua belah kaki sudah ditiadakan"

" Dan apabila sudah berkeadaan demikian apakah tindakan kita? Apakah baharu kita hendak mengeluh? Barulah kita teringat hendak melakukan amal ibadat, membuat seberapa banyak amal kebajikan: barulah kita mahu mencari mereka yang pernah kita tipu, kita zalimi, kita inayani untuk meminta maaf? Barulah kita berlumba-lumba mahu kemasjid, mahu mendirikan sembahyang berjumaah, mahu menunaikan zakat, tertekad mahu berpuasa penuh sebulan? Baru mengaku mahu patuh akan perintah Allah. Baru teringat mahu memperdalamkan ilmu-ilmu agama. Barulah hendak memperbanyakkan selawat dan salam keatas junjungan. Barulah hendak beristigfar, berwirid, bertasbih dan sebagainya."  Sekian petekan awalnya.

Terima kasih kepada penulis Ustaz Abdul Latiff dengan tajuknya "Mari Bersyukur" serta Jabatan Agama Islam Kedah. Sama-sama kita melangkah ke tahun baru dengan mendapat teguran  membina demi kemajuan dan keselamatan diri.

Mungkin ditanya adakah saya mencatat segalanya itu dan hasilnya membuat catatan ini. Selalu juga terfikir untuk bawa bersama nota dan pen semasa berjumaah pada  hari Jumaat agar apa yang disampaikan boleh menjadi panduan. Lebih mudah jika dengan kebenaran Tuan Imam dapat kita pinjamkan naskahnya. Dengan itu saranan juga boleh diteleti oleh mereka di rumah juga. Sekian dengan harapan kita mendapat manfaat dari apa yang tercatat dan tahun Hijrah 1434 dan Masihi 2013 membawa kebahagian. 



Masjid Zahir di bandar Alor Setar yang dibuka pada pemerintahan Sultan Sir Abdul Hamid Halim Shah Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukaram Shah (1882 -1942) pada tahun 1912




3 comments:

Al-Manar said...

Darah muda di jalan lebuhraya yang lebar dan lurus , berlumbalah. Kereta siapa yang lebih handal. Kereta yang handal atau pemandu? Kadang kala terfikir apa hhakikatnya perlumbaan dan kemenangan

kotastar said...
This comment has been removed by the author.
kotastar said...

Sdr Al Manar,
Wah! terfikir pula maksudnya, apapun mencentuskan pertanyaan. Benar banyak yang melakukan sesuatu kini tanpa sedari akibatnya.Hasil?