Sunday, October 5, 2008

KETUPAT PENYERI UTAMA SYAWAL


Ramadhan telah pun meninggalkan kita dan awal Syawal telah lalu. Kini kita menunggu ketibaannya tahun menjelang. Buah kurma dan kanji merupakan hidangan khusus pada bulan puasa. Masjid, surau dan hotel tertentu mengedarkan kanji ( bubur lambuk) sebaik sahaja selesai asar setiap petang sepanjang Ramadhan. Kanak - kanak dan para bapak terus mengingati sausana menunggu dan mendapatkan bungkusan yang menjadi kegemaran semasa membuka puasa. Mereka yang berkesempatan membuka puasa dengan ahli jemaah di masjid masing-masing tentu merindui sausananya dan tidak sabar menghayatinya lagi tahun hadapan.Ramadhan kaya dengan pelbagai keindahan dan kesempurnaan.

Tiba pula masa menjelang satu Syawal dimana para ibu tidak ketinggalan mendapatkan sekaki dua daun palas siang-siang lagi. Beras pulut dipesan. Pulut digaulkan dengan jagung atau kacang dan dimasak sebagai ketupat menjadi penyeri utama pada setiap AidilFitri. Haruman dan kesegaran daun palas membawa satu keistimewaan. Ketupat nasi dan lemang menjadi pengganti jika ketupat pulut daun palas tidak dapat disediakan. Apa pun rendang daging dan ayam yang segar dan pedas merupakan teman khusus kepada hidangan khas ini.

Khusus kali ini kami menyediakan sebanyak satu ribu dua ratus biji ketupat sebagai tambahan kepada menu khenduri perkahwinan anjuran salah seorang adik ipar yang berlangsung pada 4 Syawal. Pulut kacau satu lagi hidangan tradisional yang disediakan. Kegemaran kepada dua hidangan ini amat ternyata sekali kerana sehari selapasnya tidak banyak yang tertinggal.

Bagi rakan-rakan yang berada di seberang laut, jauh dari kampong halaman masing-masing diharapkan Aidilfitri telah disambut dengan penuh kesempurnaan dan kesyahduan walaupun tiada ketupat dan lemang sebagai penyeri. 'Best'nya kalau ada bukan!


Maaf, Zahir dan Batin dari kami sekeluarga.





No comments: