Papan tanda ini menyambut kedatangan kami
Podium Royal Chulan memperlihatkan pemandangan yang menarik. Apa pun perbualan antara bekas pelajar bertanya khabar antara satu dengan lain, langsung tidak mendorong mereka untuk menghampiri ruang luar untul meninjau pemandangan Menara Petronas dan sekitarnya.
Pada malam Sabtu 3hb Julai 2010 bekas pelajar kelas 1954 Kolej Sultan Abdul Hamid bertemu semula di Royal Chulan salah sebuah hotel di Kuala Lumpur atas usaha dan anjuran Sdr Syed Muhammad bin Syed Hassan Shahabudin. Perjumpaan silatulrahim itu menemukan semula bekas pelajar Kelas 5M dan 5L. Pada tahun 1954 mereka menduduki dua kelas di peringkat Cambridge School Certificate; 5M merupakan kelas 'mathematic'dan 5L 'literature'. Keseluruhannya 79 orang : 37 dari kelas 5M dan 42 orang dari Kelas 5L. Satu kelas memberi tumpuan kepada 'mathematics' dan science; yang satu lagi kepada 'literature'. Kolej Sultan Abdul Hamid merupakan sekolah aliran Inggeris di Kedah yang telah diasaskan semenjak 1908.
Bekas wakil rakyat
Dalam tempoh lebih lima abad yang berlalu tentu sekali tidak semua pelajar berkesempatan menghadiri diri. Yang bermustatin di Kuala Lumpur dan Selangor mampu menyertainya dan yang tinggal di luar Selangor keberatan juga kecuali keinginan dan kesihatan diri mengizinkan. Maklumlah kami semua yang berkumpul malam itu pun semuanya telah melepasi usia 72 tahun keatas. Walau apa pun sebilangan telah pulang kepada Illahi. Kesempatan itu acar majlis bermula dengan kami menghadiahkan 'AlFatihah' kepada rakan-rakan agar roh mereka dicecuri rahmatNYA. Kelas tahun 1954 juga merupakan kelas 'co-ed' dimana pelajar perempuan seramai empat belas orang turut mengikuti kelas bersama pelajar lelaki dan merupakan satu sejarah bagi Kolej Sultan Abdul Hamid. Kumpulan pelajar perempuan yang besar dari Sekolah Perempuan Kg Baru mula berdaftar di Kolej semasa di kelas 7G tahun 1952. Keistimewaan itu nampaknya menjadi ingatan dan perbualan hebat pada malam itu, semua yang hadir merenung kembali persahabatan yang wujud . Maklumlah buat pertama kali kami berada dalam satu kelas bersama kaum hawa.
Tiga pelajar perempuan Hajah Azizah Abass, Hajah Mahayun Hassan dan Tan Gaik Lian turut hadir pada perjumpaan itu dan meyakinkan persahabatan kami terus wujud. Hidangan istimewa ditingkat teratas Hotel Royal Chulan dengan pemandangan malam Bandar Kuala Lumpur dan khususnya Menara Petronas nampaknya tidak sedikit pun mengusik kami dari berbual panjang dan bertukar cerita lama dengan rakan sebaya dan bergambar pula. Antara yang datang khusus dari Alor Setar ialah Saad Endut, Syed Mansor, Hashim Endut, Zainol Abidin, Tan Gaik Lian dan suaminya.
Kami yakin perjumpaan rakan-rakan kelas 1954 akan terus diadakan dan InsyaAllah janji telah diberi agar kami berjumpa lagi selepas bulan puasa ini dan Dato Syed Mansor sudi menjadi tuan rumah pula. Kali ini di Alor Setar.
Ramai diantara kumpulan sebaya itu sebenarnya berkenalan antara satu dengan lain bukan sahaja semasa di darjah sembilan ( tingkatan V sekarang) tetapi sama-sama telah bermula persekolahan semenjak kelas Special Malay 1 atau kelas permulaaan di Kolej Sultan Abdul Hamid pada tahun 1948 sebaik sahaja kami meninggalkan sekolah Melayu masing-masing. Intim dan kemesraan yang terjalin terus kekal sehingga hari ini. Semuanya telah berpangkat Pak dan Tok dan tak heranlah Pak Hashim,Pak Non, Pak Omar, Pak Yusof, Pak Taib, Pak Tuan, Pak Zakaria, Pak Latiff, Pak Malik diantara yang hadir pada malam itu.
4 comments:
Salam Pak Non,
Aduhhhhh.....nostalgisia.
Pak Hashim Endut saya kenal semasa jadi WP Ulu Muda dulu.
Pak Tuan Syed Syed Mansoor semasa jadi Pegawai Daerah Sik....kereta Mazda Coupenya K 2000 mesra dengan rakyat Sik.Last jumpanya semasa dia melawat Rumah gemilang Sik...itu -+ 10 tahun dulu.
Salam untuk semua.
Sdr Mat Isa,
Ya nostalgia betul tu ..Hashim Endut dan Saad Endut sama dalam satu kelas Banyak yg sangka mereka dua beradik Sebenarnya tidak.Kalau kawan kita yg jadi ketua navy tau dia pun boleh ikut bersama. Mungkin ramai dah lupa ...
Kota Star
Someone left a comment on my blog, making me somewhat curious of the visitor’s identity. That became a kind of stepping stone to get here. Truly, for the very first time I am very pleased to find a blogger of my age group. You may be senior to me in age, judging from ‘class of ‘54’. I belong to class of ’55. But I will still challenge that. You know too it too well how it was in those days. The clever ones got progressed faster, vise versa, giving me half a chance to beat you in age.
In many ways I will enjoy visiting your entries as I can expect reminiscence of events of our era. I would not dwell here, much that I would like to, to ask questions which may be personal. There is an e-mail address on my profile page if you feel inclined to use. Salaam to you, Kota Star ( wish it sounds more friendly) from Pakcik of Al-Manar.
Sdr Al Manar
Thank you greatly for your visit. My apology for not reacting to yr visitation much earlier. Great to know a colleague from KT and esp in your area of service to the community. Will be in contact.
Post a Comment